优秀作文‎ > ‎

Kegunaan Komputer Kepada Murid-Murid Sekolah (Yu Sheng Jie 6M)

posted Aug 23, 2010, 12:15 AM by MUN CHOONG
Pada dewasa ini, komputer semakin popular di seluruh dunia. Komputer merupakan alat elektronik yang canggih dan berguna. Manusia pada zaman sekarang menggunakan komputer untuk mengurus dokumen-dokumen dan melayari internet. Dengan komputer, beban manusia diringankan kerana kerja-kerja yang dilakukan dengan komputer dapat disempurnakan dengan tepat dan berefisien.

Oleh sebab kemodenan teknologi, sekolah-sekolah di Malaysia mulai menggunakan komputer untuk menjalankan aktiviti pembelajaran. Selain itu, sekolah-sekolah juga mengadakan sesi khas seperti waktu komputer supaya murid-murid boleh mempelajari cara-cara menggunakan komputer.

Komputer memang berguna kepada murid-murid sekolah. Aktiviti pengajaran yang dilakukan melalui komputer lebih menarik berbanding dengan cara-cara tradisional. Dengan ini, murid-murid bukan sahaja dapat belajar dengan gembira, malahan ilmu-ilmu yang diperolehi akan terpahat dalam ingatan mereka.
Selain itu, murid-murid boleh melayari internet melalui komputer untuk mencari maklumat-maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, murid-murid boleh memperolehi maklumat-maklumat yang terkini dengan mudah dan cepat. Di samping itu, dengan adanya komputer, murid-murid dapat menjimatkan masa kerana tidak perlu lagi mencari maklumat di perpustakaan yang memakan masa yang panjang. Dengan ini, kita dapat memperolehi maklumat yang diperlukan dalam masa yang singkat.

Komputer juga boleh digunakan untuk berkomunikasi. Murid-murid boleh menggunakan e-mel melalui komputer untuk berbincang tentang kerja sekolah atau topik-topik yang tidak difahami semasa guru mengajar. Dengan ini, murid-murid tidak perlu lagi berkunjung ke rumah kawan-kawan sekiranya perlu berbincang tentang sesuatu. Secara tidak langsung, hubungan antara murid-murid dapat dipereratkan.
Sebenarnya, komputer boleh digunakan untuk menghilangkan tekanan dan menghiburkan murid-murid. Ini adalah kerana murid-murid boleh mendengar lagu-lagu kegemaran atau bermain permainan-permainan yang terdapat dalam internet mahupun dalam cakera komputer. Jika tidak terjerumus dalam dunia permainan, hiburan-hiburan ini dapat menghilangkan tekanan murid-murid.

Kesimpulannya, komputer amat berguna kepada murid-murid sekolah. Murid-murid sekolah harus belajar teknik-teknik menggunakan komputer supaya dapat memanfaatkan diri.
Comments