优秀作文‎ > ‎

Kebakaran (Ng Yee Ling 6P)

posted Aug 23, 2010, 12:00 AM by MUN CHOONG
Pada suatu petang, cuaca panas terik.Saya berjalan kaki pulang dari sekolah seorang diri.Tiba-tiba, saya ternampak asap berkepul-kepul keluar dari bumbung rumah Pak Abu.Rupa-rupanya, rumah Pak Abu terbakar.

Tanpa berlengah-lengah, saya menjerit meminta tolong.Jiran-jiran saya keluar dari rumah mereka untuk melihat apa yang sedang berlaku.Mereka mencedok air dengan baldi untuk memadamkan api.

Seorang pemuda yang baik hati menelefon pihak bomba dengan telefon bimbitnya.Tiba-tiba, Saya terdengar tangisan budak di rumah Pak Abu.Tanpa membuang masa, saya segera meredah api untuk masuk ke dalam rumah Pak Abu.Saya mengheret budak itu ke luar rumah. Sesampai saya di luar, Pak Abu segera memeluk anaknya.Saya mendapat kepuasan yang tidak terhingga.

Api terus marak.Tidak lama kemudian, datang sepasukan ahli-ahli bomba yang berjaya memadamkan api.Malangnya rumah Pak Abu telah hangus.

Saya berasa sedih kerana rumah Pak Abu telah hangus, tetapi saya berasa sangat gembira kerana saya telah melakukan perkara yang baik.
Comments