通告

优秀作文‎ > ‎

Faedah Membaca Surat Khabar (Tan Jia Hua 5C)

posted Aug 23, 2010, 12:12 AM by MUN CHOONG
Membaca surat khabar mempunyai banyak faedah kepada kita. Membaca surat khabar juga merupakan “Jambatan Ilmu Pengetahuan” kita.

Surat khabar ialah sejenis bahan bacaan yang termurah. Kita hanya perlu bayar seringgit tiga puluh sen sahaja sudah boleh mendapat banyak ilmu pengetahuan. Antara faedahnya ialah kita dapat belajar cara-cara untuk menjaga kesihatan kita daripada ruangan-ruangan tertentu dalam surat khabar. Di samping itu, surat khabar juga menyiarkan peristiwa-peristiwa yang telah berlaku di negara kita dan luar negara. Berita-berita yang disiarkan adalah teliti dan benar.

Kes pembunuhan, kes rompakan, kes penculikan banyak disiarkan dalam surat khabar. Secara tidak langsung, kita akan lebih berjaga-jaga untuk mengelakkan perkara-perkara sebegini daripada berlaku.
Selain itu, orang ramai juga boleh mencari pekerjaan melalui surat khabar. Banyak iklan memberi maklumat kepada orang awam mencari pekerjaan. Cara ini lebih mudah dan berkesan.

Surat khabar juga memaparkan cerita-cerita yang menarik. Oleh itu, murid-murid yang suka membaca cerita tidak perlu membeli buku cerita yang mahal tetapi dapat membaca cerita-cerita yang dipaparkan dalam surat khabar secara percuma. Surat khabar juga menyediakan ruang resepi masakan yang mengajar suri rumah tangga untuk memasak masakan yang enak dan sedap untuk keluarga.

Membaca surat khabar dapat memberi kita banyak faedah. Oleh itu, kita mestilah membaca surat khabar supaya tidak menjadi seperti “Katak Di Bawah Tempurung”.
Comments