优秀作文‎ > ‎

Berkelah Di tepi laut (Gew Ee Von 4G)

posted Aug 22, 2010, 11:52 PM by MUN CHOONG
Pada cuti sekolah yang lalu, ayah bercadang untuk membawa kami sekeluarga pergi ke Port dickson.Stelah kami mendengar perkara itu, kami berasa sangat gembira.

Sebelum bertolak, emak menyediakan pelbagai jenis makanan dan minuman, seperti nasi lemak, buah-buahan an sebagainya.Kakak membawa baju renang, radio, tikar, alat-alat keperluan dan sebagainya.Selepas itu,kami pun bertolak dengan menaiki kereta bapa.

Kami pergi ke sana mengambi masa lebih kurang satu jam.Dalam perjalanan, kami berbual-bual sambil menikmati pemandangan di luar kereta.Selepas satu jam kemudian, kami pun tiba di destinasi.

Mula-mila, kami mencari sebuah tempat yang teduh di bawah sepohon pokok rendang.Selepas itu, kami membentangkan tiakr lalu mengeluarkanmakanan yang disediakan oleh emak.Selepas itu, kami pun menukar baju lalu berenang.

Adik dan saya bermain bola di laut.Kakak dan abang pula membina kota pasir.Pada masa itu, kami berasa lapar.Kami naik ke pantai dan makan makanan yang disediakan oleh ibu dengan gelojoh.

Apabila matahari terbenam, kami pun mengemas barang-barang yang kami bawa.Sebelum pulang,kami mmbersihkan tempat perkelahan.Saya berharap kami akan ke Port Dickson lagi pada cuti penggal kedua nanti.
Comments