Pada hari minggu yang lalu, Siti dan keluarganya pergi berkelah.Mereka
pergi berkelah di pantai Port Dickson dengan menaiki kereta.Mereka
bertolak dari Kuala Lumpur pada pukul 6.00 pagi.
Lebih kurang dua jam perjalanan, mereka pun tiba di pantai Port Dickson.Mereka membawa bekalan makanan seperti mi goreng, roti, kacang, buah-buahan dan minuman.Mereka juga membawa pelampung, tikar, radio dan pakaian untuk mmandi. Apabila sampai di Prt Dickson, mereka membentangkan tikar dan meletakkan barang-barang di bawah pokok yang rendang.Siti dan adiknya meyalin pakaian dan terus pergi mandi.Ayah dan Ibu Siti tiada mandi bersama-sama, tetapi mereka berehat sambil mendengar radio di tepi pantai. Setelah berehat, emak membawa Siti dan adiknya bersiar-siar di pantai untuk menikamti keindahan pantai. Angin yang bertiup menghilangkan rasa panas matahari. Sambil berjalan-jalan, Siti mengutip kulit siput. Apabila hari hampir petang,mereka berkemas untuk pulang.Mereka berasa sungguh gembira walaupun badan terasa letih. |
优秀作文 >