优秀作文‎ > ‎

Akibat terminum minuman yang kotor (Leow Kar Din 5H)

posted Aug 22, 2010, 11:56 PM by MUN CHOONG
Pada suatu hari, Aminah dan Samy pulang dari sekolah dengan mengayuh basikal.Cuaca pada hari itu panas terik.Mereka berasa sangat dahaga.

Kebetulan terdapat sebuah gerai di tepi jalan yang tidak jauh dari sekolah.

Aminah becadang hendak membeli air sirap di situ.Keadaan di gerai itu sangat kotor.Terdapat banyak lalat hinggap di atas makanan dan minuman.

Samy cuba menasihati Aminah supaya jangan membeli minuman di situ, tetapi Aminah tidak mempedulikan nasihat Samy.Dia tetap membeli lalu terus minum sehingga habis.

Pada waktu malam hari itu, Aminah mengadu perutnya sakit.ibu menghantar aminah ke klinik yang berhampiran dengan rumahnya dengan segera.Setelah doktor merawat Aminah, dia menasihati Aminah supaya jangan membeli minuman di gerai kotor lagi.Doktor juga memberi sebotol ubat kepada Aminah.

Pada hari itu, Aminah berjanji tidak akan membeli minuman di gerai kotor lagi.
Comments